HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Saturday, July 26, 2014

IDEA IKATAN SAMPING CETUS INSPIRASI DI PAGI LEBARAN


Sedar tak sedar Aidilfitri tidak sampai sebulan sahaja lagi, lelaki atau wanita masing-masing pasti mahu tampil bergaya dan berseri.

Khasnya untuk kaum adam yang sinonim dengan pakaian tradisi, tentunya pemakaian samping mampu menceritakan pesona dalam penggayaan diri.

Andai warna baju Melayu kurang terang, ikatan samping yang bersesuaian boleh membantu mengimbangi gaya sekali gus memastikan persalinan di hari lebaran mencuri perhatian semua.

Sebut tentang samping, songket tentu sahaja akan terbayang di minda, biasanya dikaitkan dengan fabrik tebal dan sarat dengan motif tradisional.

Kini tenunan songket turut diserlahkan dengan motif moden dan kontemporari yang diilhamkan daripada campuran dan variasi motif tradisional, motif seni halus dan dunia seni sejagat.

Kain songket tidak saja digunakan bangsa Melayu yang tinggal di kawasan yang padat dengan keluarga atau pewaris penenun tradisional seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.



Terdapat pelbagai cara dalam seni pengikatan samping ini, untuk mencari sedikit kelainan, anda boleh mencuba teknik mengikat samping yang berlainan. Sama ada gaya pahlawan, istana, pengantin, bunga atau silat.

Bagi anda yang sedang mencari idea, mari kita melihat video-video tutorial cara untuk mengikat samping dalam pelbagai bentuk dan gaya ini. Mana tahu boleh dapat inspirasi bagi mewarnai Aidilfitri tahun ini.





Beberapa ikatan samping yang difokuskan iaitu ikatan samping agung, ikatan samping Johor Lama, ikatan samping P Ramlee dan ikatan samping lazim masing-masing memperuntukkan masa singkat dalam anggaran kurang daripada lima minit.

Jom bergaya di pagi lebaran nanti!

No comments:

Post a Comment