HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Sunday, July 27, 2014

TIPS TERBAIK MEMBELANJAKAN GAJI BULANAN


Bukan penulis pandai sangat menguruskan wang, tetapi sekurang-kurangnya kita harus mencuba untuk menguruskan wang gaji bulanan dengan cara paling terbaik. Secara purata di Malaysia golongan lelaki pasti mempunyai masalah dengan menguruskan duit gaji. Betul tak wahai kaum lelaki di luar sana, jika betul anda sama lah seperti saya.
Membahagikan keutamaan

Perkara pertama yang harus dilakukan apabila anda mendapat gaji ialah semestinya membahagikan gaji mengikut keutamaan. Pembahagian kepada beberapa bahagian ini sangat penting kerana kita akan dapat melihat secara kasar kemana wang akan disalurkan. Kewangan secara tidak langsung akan terkawal dan seterusnya memudahkan kita menguruskan pembelanjaan.

Menyenaraikan hutang dan bil

Senaraikan hutang-piutang anda sebolehnya di dalam buku. Penyenaraian hutang ini penting supaya anda tidak tertinggal membayar hutang dengan pihak bank atau sesama kawan.

Senaraikan barang keperluaan bulanan

Senaraikan keperluan bulanan anda dan terus lakukan pembelian supaya bajet bulanan anda tidak lari. Bagi mengelakkan terlebih berbelanja, anda boleh membeli barang dengan harga yang lebih murah daripada bajet pembelanjaan yang anda senaraikan. Wang yang selebihnya bolehlah disimpan.

Tetapkan Target untuk simpanan

Contohnya anda ingin menyimpan RM500 sebulan, pastikan RM500 itu telah ditolak awal-awal daripada duit gaji bulanan supaya tidak ada berlaku “kemalangan” ketika berbelanja.

Berfikir sebelum berbelanja

Semua yang penting dah selesai, barulah anda boleh merancang untuk menggunakan wang anda. Sebagai contoh semasa bermain badminton setiap minggu, bayaran sewa gelanggang akan dikenakan betul tak? Seeloknya gunakanlah wang lebih hasil penyenaraian dan pembahagian anda supaya gaji bulanan anda tidak tersasar jauh.

Kesimpulan

Kalau anda dapat melakukkan tips yang dikongsikan ini, In Sha Allah gaji bulanan anda akan berbaloi dengan apa yang kerja anda lakukan.

Jikalau wang asyik habis entah kemana mesti anda akan merasa tidak berbaloi bekerja bukan? Tak nak la jadi macam tu kan.

Bekerja tidak boleh stres ya, barulah prestasi dapat ditingkatkan dan produktiviti syarikat bertambah baik.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment