HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Saturday, July 26, 2014

TELEKUNG BERWARNA TREND TERKINI MUSLIMAH KE MASJID


KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri bukan sahaja diserikan sajian juadah pelbagai dan tradisi kunjung-mengunjung, tetapi turut diwarnai penampilan individu termasuk ketika menunaikan solat sunat Hari Raya.
Ini termasuk penampilan muslimah yang mengenakan telekung berwarna dan bercorak berbanding telekung konvensional berwarna putih.

Sekalipun ada yang menganggap pemakaian telekung berwarna boleh mengganggu khusyuk jemaah lain, bagi Jazlina Ahmad, 32, perkara itu tidak salah asalkan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.

“Pada pendapat saya, kebersihan pakaian semasa menunaikan solat lebih penting selain telekung itu tidak nipis serta menutup aurat sepenuhnya,” katanya kepada Bernama.

Penjawat awam itu juga memilih telekung berwarna kerana lebih mudah dijaga berbanding warna putih.

Bagi guru dari Perak, Siti Zabedah Ali, 27, memakai telekung selain warna putih boleh sedikit sebanyak menganggu perhatian jemaah lain.

“Kita sedang solat memanglah tidak perasan perkara itu… tetapi jemaah lain mungkin ada yang terdetik di hati mereka ketika sedang solat dengan mengatakan telekung kita cantiklah, berwarna-warnilah dan mungkin ada yang tertanya mahalkah telekung itu,” katanya.

Penceramah bebas Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata pemakaian telekung berwarna dan bercorak tidak mendatangkan masalah ketika mengerjakan solat.

“Yang penting, telekung itu menepati syarat sah solat iaitu menutup aurat dan bersih daripada najis. Warna apapun sesuatu pakaian itu tidak menjadi masalah dan dibolehkan dalam solat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum Hawa khususnya tidak terlalu bermewah dengan penampilan ketika ke masjid sehingga menimbulkan perasaan riak yang ditegah dalam Islam. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment